BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 23, 2009

Gambar Majlis Perkahwinan Arni Nazira


Selamat Pengantin Baru,Moga kekal hingga akhir hayat

perghhh mmg aku kagum ngn kes arni ni,,btl2 bg aku pengajaran ttg "klu ada jdh, xakan kemana" . klu dah jdh kita ngn die,lari mcm mana pun kita akan ttp bersama.kan kan kan.n harus pcaya pd setiap perpisahan kerana perpisahan itu penuh dgn hikmahnya..gluck arni, smga lebih bahagia hingga ke akhir hayat.aminnn,,

KUALA TERENGGANU 10 April - Penyanyi Arni Nazira Anuar selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Wan Mohd. Hazrie Wan Mokhtar, 32, di sini hari ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh juru nikah Mukim Bukit Besar, Kuala Terengganu, Ahmad Awang dengan mas kahwin RM100 di Masjid Abidin di sini kira-kira pukul 3.40 petang.

Wan Mohd. Hazrie yang merupakan seorang ahli perniagaan, sah menjadi suami Arni Nazira, 31, dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah yang dihadiri kedua-dua keluarga pengantin termasuk kedua-dua anak Arni Nazira, Puteri Aleeya Antasha Ahmad Azhar, 9 dan Puteri Aleefa Antasha, 3.

Wan Mohd. Hazrie dan Arni Nazira sedondon memakai baju Melayu dan gaun berwarna putih.

Pihak lelaki membawa sembilan dulang dengan wang hantaran RM7,777.77 dan dibalas oleh pihak pengantin perempuan dengan sembilan dulang.

Wan Mohd. Hazrie ketika ditemui berkata, mereka pernah bercinta semasa di sekolah menengah namun kerana tidak ada jodoh ketika itu, Arni Nazira telah berkahwin dengan orang lain.

Bagaimanapun tambahnya, beliau bertemu kembali Arni ketika penyanyi itu datang berjumpa ibunya selepas berpisah dengan suaminya.

''Saya mengambil masa juga untuk membuat keputusan melamar Arni tetapi akhirnya berbuat demikian kira-kira tiga bulan lalu," ujarnya.

Beliau membuat keputusan untuk berkahwin dengan Arni Nazira kerana ciri-ciri kewanitaannya yang lemah-lembut dan tidak banyak kerenah selain serasi bersama.

Arni Nazira pula berkata, ciri-ciri Wan Mohd. Hazrie yang beriman dan bertanggungjawab menarik hatinya untuk menerima lamaran perkahwinan.

''Keluarga dan kedua-dua anak saya menerima suami saya dengan baik. Malah anak-anak saya semakin rapat dengannya dan memanggilnya papa," ujarnya.

more story at http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=414746&extra=page%3D2

0 comments: